Tips Buat Income Tambahan Di Shopee

Tips buat income tambahan di shopee

Sekarang , Saya rasa terpangil untuk share sikit pengetahuan dan pengalaman tentang tektik dan teknik berniaga di Shopee semoga dapat membantu mereka yang mencari ilmu berniaga di Shopee hanya untuk Newbie atau Beginner berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sepanjang berniaga di Shopee. 

Kalau anda berada disini dan sedang membaca artikel ini sekarang, bermakna anda lah sang pencari Ilmu Cara berniaga di Shopee.

Kesukaran untuk berniaga di Shopee adalah di peringkat pemulaan, semasa kita nak bina kedai di dalam shopee. sebabnya kita terpaksa bersaingan dengan orang-orang lama yang sudah berjaya menjual beribu-ribu item di dalam Shopee.

Kalau diikutkan Logik akal kita sendiri, Jika barang yang nak kita jual sama dengan barang Penjual lain yang telah berjaya menjual dengan banyak (laku keras) Rating Star yang di dapat pun Tinggi, pasti pembeli akan memberi perhatian lebih kepada penjual tersebut berbanding seller yang baru, Seterusnya penjual Newbie akan terus tewas di medah persaingan Dan hanya mampu menunggu umpama menunggu ayam bertelor.

Sebagai Orang baru, Kita memerlukan Masa untuk bersaing dapatkan kepercayaan daripada Bakal pembeli kita terlebih dahulu. Perlu di ingat, di dalam Shopee ada beratus atau beribu pesaing yg perlu kita hadap.

Berikut beberapa Tips yang perlu peniaga yang baru (Newbie) perlu beri perhatian berdasarkan pengalaman dan pemantauan saya selama berniaga di Laman Shopee.

 

1. Tingkatkan Kepercayaan Pegunjung Shopee.

Di dalam shopee ada kriteria-kriteria tertentu yang perlu kita patuhi, dan ianya akan di pantau oleh pihak Shopee. Jadi maksudnya, kita tak boleh melakukan sesuka hati je. Menipu apatah lagi. segalanya akan di nilai oleh pihak shopee dan pembeli.

Andai tersalah langkah pihak shopee akan beri penalti kepada kedai kita, seterusnya akan meninggalkan kesan yang buruk untuk pekembangan kedai kita di shopee. 

 

Shopee Rating


Rujuk kepada gambar contoh Seller Shopee yang dah berjaya di atas. Kalau di lihat pada bulatan merah yg saya buat pada gambar tersebut, menunjukkan Pekara-pekara penting yang di nilai oleh Shopee keatas Shop kita iaitu ;

Products : Jumlah produk yang kita upload dan jumlah barang yang ada dalam shop kita.

Followers : Jumlah yang mengikuti anda.

Chat Performance : Kepantasan anda membalas setiap Chatting yang masuk.

Rating : di beri berdasarkan jumlah Produk yang telah saller jual. 

 

Sudah tentulah pekara-pekara di atas akan dinilai oleh bakal-bakal pembeli di laman shopee. Pelawat yang masuk akan membuat perbandingan berdasarkan pekara-pekara tersebut.

 

Semakin Tinggi Rate yang anda dapat pada setiap pekara tersebut . semakin tinggilah tahap kepercayaan yang anda bakal dapat.


Bebagai Saller yang baru, Anda perlu memberi fokus kepada pekara-pekara di atas, terutamanya Chat Perfomance. 

 

2. Fokus Pada Killer Produk. 

Beri perhatian kepada Satu produk terlebih dahulu dan usahakan hingga dapat pembelian yang pertama. Produk itu mestilah Killer produk yang anda ada dan anda yakin dapat membuatkan pengunjung shopee tertarik dengan produk tersebut.

Dalam hal ini , sebagai Saller baru kita tak boleh tamak untuk cuba menjual semua barang-barang yang kita ada dan mengharapkan semua terjual. Jika pekara itu tak belaku, anda akan jadi mudah putus asa.

Ingat setiap barang tersebut pasti ada pesaingannya. Dengan memberi fokus kepada hanya satu barang yang anda yakin mampu membuat jualan pertama anda dan ada yakin dapat bersaingan dengan penjual yang lain. ia pasti akan meningkatkan Rating seperti yang saya ceritakan di point 1 di atas.


Fokus utama anda sebagai Seller baru, bukanlah kepada mencari seberapa banyak Jualan dapat di buat, tetapi fokus utama anda adalah mendapat jualan pertama terlebih dahulu,ia akan di ikuti dengan jualan kedua, ketiga dan seterusnya. Secara tak langsung ia akan membantu meningkatkan Rating Kedai Maya anda sedikit demi sedikit.

Biar lambat asalkan dapat apa yang kita target, daripada tamak tapi langsung tak fokus dan gagal membuat sebarang jualan.

 

3. Cari produk yang sedikit lain dari yang lain, dan mempunyai permintaan yang tinggi.

Dalam point ketiga ini, ia penting untuk menguatkan point yang kedua tadi. 

Contoh, jika anda menjual baju. Baju yang anda perlu fokuskan itu mestilah baju yang seller lain tak ada. seperti ada Logo yang unik dan ciri-ciri lain seumpamanya dan anda yakin dapat menawan hati bakal pelangan. 

Ia pasti akan meningkatkan kemungkinan anda untuk mendapatkan pembelian yang Pertama.

 

4. Harga Jangan Terlalu Tinggi.

Servey dulu harga produk yg sama di pasaran shopee. Dengan itu anda akan dapat mengetahui berapa harga yang sesuai dan dapat bersaing dengan peniaga yang sedia ada.

Untuk pemulaan, anda tak perlu fikirkan berapa keuntungan yang anda akan dapat, atau margin keuntungan yang anda akan perolehi. Cukup sekadar anda tidak rugi.


Ingat tadi , fokus utama anda adalah mendapat Jualan pertama.

 

5. Guna Shopee Ads Untuk tingkatkan View.

Sebagai orang baru, anda perlu mengunakan bantuan Shopee Ads untuk meningkatkan View dan seterusnya meningkatkan Peratus kemungkinan Produk anda dibeli.

Shopee Ads adalah iklan berbayar yang mampu meletakkan produk anda di Page pertama dalam system carian shopee.


Namun untuk memastikan anda tidak salah setting iklan shopee berbayar ini, ada beberapa teknik yang anda perlu dalami supaya duit yg anda gunakan tidak melebur begitu saja.

Untuk terus mendalami lagi Ilmu cara berniaga dan bersaing di dalam Shopee, Anda teruskan membaca dengan klik pada Pautan link di bawah.

"Panduan Berniaga di Shopee"